Mengapa Manusia Ditimpa Bencana? Dalam sebuah hadis
diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut,
maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:
1. Apabila zakat dikeluarkan
kerana penebus kesalahan (terpaksa).
2. Apabila harta yang dirampas
(daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang
yang tertentu sahaja.
3.
Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4.
Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5.
Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6.
Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu
bapa sendiri.
7.
Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8.
Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di
dalam masjid.
9.
Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang
dihina oleh mereka.
10.
Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan
buruknya.
11.
Apabila arak menjadi minuman biasa.
12.
Apabila lelaki memakai sutera.
13.
Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu
tunggulah bala yang akan menimpa
dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau
gerak gempa yang maha dahsyat
atau tanaman yang tidak menjadi.
Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

No comments:
Post a Comment