Recent News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ALL POST

Showing posts with label TOKOH. Show all posts
Showing posts with label TOKOH. Show all posts

Wednesday, 31 October 2012

KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ






Kedudukan beliau:
Salah seorang Tabiin yang terhormat. Beliau digelarkan dengan gelaran Khulafa' Ar-Rasyidin yang kelima kerana beliau memerintah sama sebagaimana pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin.
Beliau memegang teraju pemerintahan selepas Sulaiman bin Abdul Malik. Muhammad bin Ali bin Al-Husin rahimahullah berkata tentang beliau: "Kamu telah sedia maklum bahawa setiap kaum mempunyai seorang tokoh yang menonjol dan tokoh yang menonjol dari kalangan Bani Umaiyyah ialah Umar bin Abdul Aziz, beliau akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seolah-olah beliau satu umat yang berasingan."


Kehidupan beliau menuntut ilmu:
Umar bin Abdul Aziz menuntut ilmu sejak beliau masih kecil, beliau sentiasa berada di dalam majlis ilmu bersama-sama dengan orang-orang yang pakar di dalam bidang fekah dan juga ulama-ulama. Di dalam usia beliau, beliau pernah memegang teraju pemerintahan di Madinah beberapa ketika.

Pelantikan beliau sebagai Khalifah:
Beliau dilantik menjadi Khalifah selepas kematian Sulaiman bin Abdul Malik tetapi beliau tidak suka kepada pelantikan tersebut. Lalu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai untuk mendirikan sembahyang. Selepas itu orang ramai mula berpusu-pusu pergi ke masjid. Apabila mereka semua telah berkumpul, beliau bangun menyampaikan ucapan. Lantas beliau mengucapkan puji-pujian kepada Allah dan berselawat kepada Nabi s.a.w kemudian beliau berkata: "Wahai sekalian umat manusia! Aku telah diuji untuk memegang tugas ini tanpa meminta pandangan daripada aku terlebih dahulu dan bukan juga permintaan daripada aku serta tidak dibincangkan bersama dengan umat Islam. Sekarang aku membatalkan baiah yang kamu berikan kepada aku dan pilihlah seorang Khalifah yang kamu reda. Tiba-tiba orang ramai serentak berkata: Kami telah memilih kamu wahai Amirul Mukminin dan kami juga reda kepada kamu. Oleh yang demikian perintahlah kami dengan kebaikan dan keberkatan. Lalu beliau berpesan kepada orang ramai supaya bertakwa, zuhud kepada kekayaan dunia dan mendorong mereka supaya cintakan akhirat kemudian beliau berkata pula kepada mereka: "Wahai sekalian umat manusia! Sesiapa yang taat kepada Allah, dia wajib ditaati dan sesiapa yang tidak taat kepada Allah, dia tidak wajib ditaati oleh sesiapapun. Wahai sekalian umat manusia! Taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah di dalam memimpin kamu dan sekiranya aku tidak taat kepada Allah, janganlah sesiapa mentaati aku". Setelah itu beliau turun dari mimbar.

Peristiwa yang berlaku di antara beliau dengan anak beliau semasa memegang teraju pemerintahan:
Umar pulang ke rumah kemudian beliau masuk ke tempat tidurnya. Sebelum sempat beliau membaringkan badan, tiba-tiba anaknya Abdul Malik masuk berjumpa dengan beliau. Pada masa tersebut anak beliau berumur 17, kemudian anak beliau berkata: "Apakah yang kamu ingin lakukan wahai Amirul Mukminin?" Lalu Umar menjawab: "Anakku! Aku ingin menghilangkan kepenatan seketika kerana aku terasa terlalu letih." Selepas itu Abdul Malik berkata: "Kamu ingin menghilangkan kepenatan sebelum kamu mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya, wahai Amirul Mukminin?" Lantas Umar menjawab: "Anakku! Kelmarin aku telah berjaga malam untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan bapa saudara kamu, Sulaiman, nanti apabila tiba waktu Zuhur, aku akan mendirikan sembahyang bersama-sama dengan orang ramai dan Insya Allah aku akan mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya." Seterusnya Abdul Malik berkata lagi: "Siapakah yang dapat menjamin bahawa kamu akan terus hidup sehingga ke waktu Zuhur, wahai Amirul Mukminin?!" Mendengar kata-kata tersebut Umar terus bangkit lalu beliau cium dan peluk anaknya kemudian beliau berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah melahirkan seorang anak dari tulang salbi aku yang boleh membantu aku di dalam perkara agama aku." Setelah itu beliau memerintahkan supaya memanggil orang ramai dengan berkata: "Sesiapa yang barang-barang mereka pernah diambil secara zalim, sila laporkan." Kemudian Umar mengembalikan barang-barang yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya"

Keadilan beliau:
Umar rahimahullah pernah menghimpunkan sekumpulan ahli fekah dan ulama kemudian beliau berkata kepada mereka: "Aku menghimpunkan kamu semua untuk bertanya pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan barangan yang diambil secara zalim yang masih berada bersama-sama dengan keluarga aku?" Lalu mereka menjawab: "Wahai Amirul Mukminin! Perkara tersebut berlaku bukan pada masa pemerintahan kamu dan dosa kezaliman tersebut ditanggung oleh orang yang mencerobohnya." Walau bagaimanapun Umar tidak puas hati dengan jawapan tersebut sebaliknya beliau menerima pendapat daripada kumpulan yang lain termasuk anak beliau sendiri Abdul Malik yang berkata kepada beliau: "Aku berpendapat bahawa ia hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya selagi kamu mengetahuinya. Sekiranya kamu tidak mengembalikannya, kamu akan menanggung dosa bersama-sama dengan orang yang mengambilnya secara zalim." Umar berpuas hati mendengar pendapat tersebut lalu beliau mengembalikan semula barangan yang diambil secara zalim kepada pemilik asalnya.

Kematian beliau:
Pemerintahan beliau hanya berjalan selama beberapa ketika iaitu tidak melebihi dua tahun setengah sahaja. Kemudian beliau meninggal dunia dan kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlaku adil kepada rakyatnya dengan menjalankan pemerintahan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.



Saturday, 27 October 2012

40 NASIHAT SAIDINA ALI BIN ABI TALIB





Berikut adalah 40 nasihat Saidina Ali bin Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.

1.         Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga    
  seorang muda.

2.         Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran.

3.         Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang
mana adalah hanya sekeping daging.

5.         Jagalah ibu bapamu , nescaya anak-anakmu akan menjaga kamu.

6.         Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah
s.w.t.

7.         Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang
lebih terpencil daripada seseorang bakhil.

8.         Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari
kejahatan.

9.         Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijaga , sedangkan ilmu
menjaga kamu.

10.       Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan
mendirikan solat.

11.       Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam.

12.       Mengajar adalah belajar.

13.       Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina
dalam kemiskinan.

14.       Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran
dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut
sebarang ketua dengan buta seperti kambing.

15.       Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah.

16.       Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.

17.       Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari
kesilapan orang lain.

18.       Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.

19.       Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20.       Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu
tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu.

21.       Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.

22.       Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.

23.       Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.

24.       Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.

25.       Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang 
mengenainya.

26.       Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang
mengumpat.

27.       Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

28.       Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang
hamba kepada hamba.

29.       Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30.       Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan.

31.       Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.

32.       Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat.

33.       Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.

34.       Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan.

35.       Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah.

36.       Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya.

37.       Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura.

38.       Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan.

39.       Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya.

40.       Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah    
syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.


Recent Comments